Want your
own Fotopage?








 
+++ BERITA HIBURAN TEMPATAN +++

By: iezza sweet

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Jul-2007 04:51 Email | Share | Bookmark
Ning Baizura bertunang 19 Julai



KUALA LUMPUR 12 Julai – Penyanyi dan pelakon Ning Baizura, 32, akan bertunang dengan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33, pada 19 Julai ini.

Majlis pertunangan tersebut akan diadakan di rumah bapanya, Sheikh Hamzah Sheikh Mohd. di Shah Alam selepas Isyak.

Selasa lalu, Ning telah dirisik oleh Omar yang diwakili oleh Datin Farida Hashim (ibu angkat Ning) di rumah bapanya.

Ning ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau tidak akan mengumumkan jumlah wang hantaran dan tarikh pernikahannya nanti.

“Bagaimanapun, kami merancang bernikah dalam tempoh setahun dari tarikh pertunangan,” kata Ning yang mengakui hubungannya dengan Omar direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurut Ning, pada majlis pertunangan itu nanti, pihak lelaki akan diwakili oleh Farida kerana ibu bapa Omar yang menetap di England tidak dapat hadir.

Ning dan Omar mula berkenalan pada satu majlis perkahwinan rakan baiknya di Bali, Indonesia pada awal September lalu.

Kata Ning, Omar yang bertugas di sebuah syarikat minyak di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu telah memeluk Islam pada 7 Julai lepas di Islamic Outreach, Jalan U-Thant di sini.

“Pada hari yang penuh makna itu, Ning tidak dapat turut serta sebab menyertai acara Jom! Heboh di Pulau Pinang. Tapi bapa dan abang Ning serta Amir (suami pengacara Sarimah Ibrahim) dan Vernon Kedit-Jelly (pengurus Ning) hadir menyaksikan acara itu,” kata Ning.

Menurut penyanyi itu yang telah memperlihatkan lakonan hebat dalam filem Diva baru-baru ini, beliau bercadang untuk mengikuti kursus perkahwinan pada September ini.

“Masa itu bulan puasa, tidak banyak aktiviti seni. Jadi Ning rasa waktu itu memang sesuai untuk kami ikuti kursus perkahwinan sebelum bernikah tahun depan,” jelasnya.

Sementara itu, Omar dalam kenyataan ringkas yang dihantar melalui Vernon berkata, beliau jatuh cinta dengan Ning kerana penyanyi itu baik hati dan sensitif terhadap perasaannya.

‘‘Ning menerima saya seadanya. Selain terpikat dengan sifat lucunya, dia juga wanita jelita yang cerdik dan sentiasa tersenyum,’’ katanya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ning - Omar selamat langsungkan pertunangan

SHAH ALAM: Setelah hampir setahun perkenalan, penyanyi terkenal Ning Baizura Hamzah, 32, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33, di kediaman bapanya, di sini, malam ini.

Majlis berlangsung sekitar jam 9.30 malam tadi itu diadakan secara sederhana dengan penuh adat tradisi Melayu di mana ia disaksikan oleh ibubapa Ning iaitu Sheikh Hamzah Sheikh Mohd dan Satilah Abdullah serta kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta kenalan rapat pasangan tersebut.

Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki yang diwakili oleh Datuk Ramli Shamsuddin menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan termasuk sebentuk cincin.

Antara barang hantaran daripada Ning adalah sirih junjung, sejadah dan Al-Quran, kain sepersalinan dan songket Atikah, bola golf dan paatchi chocolate manakala antara barangan hantaran oleh pihak lelaki ialah sirih junjung, kek coklat serta telekung dan sejadah.


Datin Farida Hashim selaku ketua rombongan pihak lelaki merangkap ibu angkat Omar menyarungkan cincin pertunangan di jari Ning

Ning dan Omar mula menjalinkan hubungan sejak September tahun lalu di majlis perkahwinan rakannya di Bali.

Jejaka berasal dari Nottingham, England itu bertugas sebagai Pengarah Perunding Asia Pasifik di Landmark Graphics Malaysia Sdn Bhd sejak dua tahun lalu dan telah memeluk Islam pada awal Julai lepas.

Ditemui sejurus selepas majlis tersebut, Ning melahirkan rasa gembiranya kerana majlis pertunangan tersebut berjaya juga dijalankan dengan lancar.

"Saya memang amat gementar, tapi pada masa yang sama memang saya amat gembira kerana dipertemukan dengan Omar dan ini adalah detik yang amat kami nantikan.

"Sepuluh bulan kami cuba mengenali hati masing-masing dan ketika ini kami masih melakukan perkara yang sama.


Omar dan Ning pada majlis pertunangan mereka

"Insyaallah, kami merancang untuk berkahwin kemungkinan pada pertengahan tahun depan," ujar Ning yang kelihatan anggun mengenakan jubah berwarna krim rekaan Michael Ong.

Bagi Omar pula, dia yakin keputusannya memilih Ning adalah tepat, sejak pertemuan pertama mereka lagi tidak lama dulu.

"Saya akui ini adalah cinta pandang pertama. Dia seorang wanita yang bijak, berdikari, suka tersenyum, cantik dan amat memahami diri saya.

"Saya sudah bersedia untuk menjadi suami dan saya yakin ia akan menjadi satu perjalanan hidup yang menarik buat kami ," kata Omar.

Hiasan pelamin, bunga dan dulang hantaran bagi kedua-dua belah pihak diaturkan sepenuhnya oleh Datin Farida Hashim.




Lain-lain gambar pertunangan ning boleh dilihat di :-
http://mrmanager.blogspot.com/2007/07/picture-tells-thousand-words.html
http://sashabashir.blogspot.com/2007/07/ning-and-omars-engagement.html
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1231511&back=http://minaq-jinggo.fotopages.com/?page=0


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net